........

........

Khamis, 2 Jun 2011

~ Soto Ayam ~


Warung Soto Ayam….♥


Alhamdulillah hari ini masak soto ayam….buah hati libur pas selalu keluar masuk dapur makan ini itu….pagi tadi sarapan goreng pisang…. nasgor yang dimasak oleh irfan….pintu peti es buka tutup ….he3…jadi hari ini masak soto ayam so boleh makan sepanjang hari…..ini pertama kali masak soto ayam….resepi terlihat waktu blog walking….resepinya panjang….ana pendekkan aja….biasalah ana suka yang SD….Jom kita masak…..dapat resepi yang amat baik dan mudah....di sini http://www.tiffinbiru.com/2010/09/soto-ayam.html Alhamdulillah.....



Bahan Untuk Kuah Soto....

1 ekor ayam dipotong kecil lalu dicuci bersih….

bisa juga chicken wings aja….apa2 pun boleh asalkan ayam….


3 batang serai, dititik

1 inci lengkuas, dititik

2 camca besar rempah sup "ADABI"

1 1/2 camca besar rempah kurma "ADABI"



1 batang kayu manis*

1 kuntum bunga lawang*

5 kuntum bunga cengkih*

3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)



Bahan yang dikisar….

1 labu bawang besar

4 ulas bawang merah kecil

3 biji bawang putih

2 inci halia

4 biji buah keras

1 inci kunyit hidup

Garam secukup rasa dan lada sula…..


Bahan2 Lain:-

Nasi Impit

Taugeh, dicelur sekejap

Bawang goreng

Daun sup/bawang





Cara membuat kuahnya:-

Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak, masukkan rempah tumis dan goreng hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan kacau goreng hingga terbit minyak. Masukkan rempah sup dan rempah kurma, tuang sedikit air dan kacau hingga rata. Masak guna api sederhana.



Kemudian masukkan ayam, serai dan lengkuas titik. Kacau hingga rata. Tuang air anggaran 3 - 4 liter. Masukkan 1 camca teh garam dan sedikit lada sula lalu masak dgn api sederhana. Biar merenih 45 minit ke 1 jam. (Boleh tambah air jika kurang)



Bagedel....

kentang dipotong serong dan digoreng hembal....

*hembal erti digoreng jangan sampai garing tapi udah masak...

jadi api harus sederhana....

daging cincang disagar....

*disagar ertinya digoreng tanpa minyak jadi air daging keluar

dan daging masak

bawang goreng

hirisan daun sup

hirisan daun bawang

disatukan dan dibulatkan kecil2....ana suka kecil2 lagi sedap...

1 biji telur, dikacau sedikit dengan garam



Cara memasak......

panaskan minyak sebelum masukkan bagedel dicelup dulu

ke dalam telur.....goreng sehingga garing...



Bahan Lada Kicap:-

10 - 15 biji cili padi

2 biji bawang putih

1 cawan kicap manis



Untuk Lada Kicap:- Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat, masukkan kicap manis dan gaul rata ini citarasabuahhati.....♥


resepi ini khas untuk teman2 di facebook.....sorilah rame teman2 ummahat indo....jadi macam gini lah gaya tulisan.....he3

Tiada ulasan: