........

........

Rabu, 20 April 2011

~ Nasi Goreng Kampung ~


@cah gunung dondong.....resep nasi goreng kampong....repeat telecast kemairn nggak sempat ngpic udah habisssss....he3




Nasi goreng kampong….



Bahan untuk dikisar / (tumbuk…he3)



Bawang merah kecil

Bawang putih

Lada padi (cabe rawit) dan lada hidup (segar) hijau

Udang kering

*kiub ikan bilis (ini optional tapi selalunya ana tak menggunakannya)



Cara memasak….



Panaskan minyak digoreng dulu telur goreng (telur mata (lembu /spore)(kerbau/msia) he3)



Kemudian minyak yang sama goreng ikan bilis sehingga garing dan diangkat.



Lantas dengan minyak bekas goreng ikan bilis dimasukkan bahan kisar dan garam secukup rasa…. tumis sehingga garing….



Setelah bahan garing masukkan kacang panjang……kemudian masukkan nasi ……disebatikan dan masukkan telur sebiji….digoreng lagi…..



Selalunya nasi goreng kampong disajikan dengan sambal belacan (terasi) dan timun….



Menu ini paling popular di Msia….kebanyakkan kedai pasti menjual menu ini….

Bagi yang cerewet…..seperti diri ini….selalunya test drive nasi goreng kampong….jika sedappp baru bisa order makanan lain….♥



dari gubuk di JB 16 Jamidilawal 1432H

dalam cuaca yang Subhanallah panas.....

dengan ditemani segelas es tea lemon....♥

Isnin, 18 April 2011

~ Sambal Goreng ~

Sambal goreng ♥

Bahan untuk digoreng

Tahu

Tempeh

Dipotong dadu dan goreng dalam minyak yang banyak (deep frying)

sehingga garing….

Bahan untuk di kisar…

Lada kering

Bawang merah

Bawang putih

Belacan (terasi)

Dikisar halus ……

Bahan untuk dihiris…

Bawang merah kecil

Bawang putih

Lada hidup (segar) merah & hijau

Halia (jahe) muda *bisa juggak yang biasa....

Bahan untuk dititik (geprek)

Serai

Lengkuas (laos)

Santan

Air asam jawa

Garam secukup rasa

gula (optional) jika mahu sedikit

Sayur kacang panjang dihiris

Daging dipotong tipis....

Udang segar dibuang kulit.....

Cara memasaknya….

Tumiskan bahan hiris, bahan kisar dan serai & lengkuas yang dititik dengan minyak secukupnya….. sehingga garing dan masukkan daging dan air …..agar daging bisa empuk….apabila sudah garing masukkan santan ….air asam jawa….garam….tumis sehingga garing dan masukkan udang segar…..

apabila sudah garing terakhir masukkan sayur kacang panjang dan

tahu dan tempeh yang sudah digoreng…..

Sambal goreng ini biasanya dimasak untuk lebaran…..kesukaan keluarga….sewaktu buah hati dipondok ini salah satu masakkan yang dibawa ke villa terra…..citarasabuahhati….​.♥



dari gubuk di JB....14 Jamidilawal 1432H

Jumaat, 15 April 2011

~ Mee Goreng ~


~ Mee goreng ~

1 packet mee kuning yang telah dicuci bersih dan ditoskan….

Rencah (bumbu) untuk dikisar

Lada kering (digunting serong dan di rebus lalu buang air dan cuci bersih)

Bawang merah

Bawang putih

Udang kering

(ini adalah asas bumbu untuk memasak mee….macaroni….bee hoon….nasi goreng)

Setelah dikisar halus ditumis dengan minyak secukupnya sehingga garing…..

Bahan segar

Udang

Sotong

Bebola ikan

Hirisan daging

Sayur sawi

taugeh

Setelah rencah sudah garing masukkan daging dan masukkan sedikit air

apabila daging sudah empuk maka masukkan kesemua makanan laut…..masukkan mee kuning….terakhir masukkan sayur….garam secukup rasa…..jika terlihat mee agak mengering maka dimasukkan sedikit air…..

Kami suka mee yang tidak kering sedikit basah…..


Alhamdulillah ini Citarasabuahhati.♥