........

........

Jumaat, 29 Julai 2011

~ Ikan Cencaru Sumbat ~


Bismillah….

Ini resepi yang rupa tak ada tapi rasanya mantab….walaupun nama resepi ini ikan sumbat tapi buahhati menyebut menu ini ikan hangus (gosong)…..emang kelihatan begitu…..kerna bumbunya yang apabila goreng akan menghitam hanya jika dimasak dengan baik maka walaupun hitam tapi tidak hangus (gosong)….resepi ini paling disukai bulan Ramadhan di waktu sahur…..ikan sumbat ini dengan nasi panas….boleh membuka selera bagi yang masih mengantuk…..ikan yang sesuai untuk resepi ini ikan cencaru kerna kulitnya yang keras…..maka sewaktu menggoreng tidak akan menggeringkan isi ikan….namanya ikan sumbat kerna bumbunya disumbatkan (dimasukkan) kedalam ikan …..ini cara saya memasaknya…..


~ Ikan Sumbat ~

Beberapa ekor ikan cencaru

Bahan untuk dikisar….

Bawang merah

Bawang putih

Kunyit hidup/segar

Lada hidup/cili segar

Garam secukupnya



Kemudian disumbatkan (dimasukkan) kedalam ikan….



Cara memasak…

Api yang sederhana….minyak secukupnya…..gorengkan sehingga ikan masak dan bumbu garing….
dah siap….

Alhamdulillah ini resepi citarasabuahhati….resepi yang paling mudah tapi baunya…..kalau sedang masak ikan ini udah ditunggu untuk mencicipnya…..♥

Rabu, 20 Julai 2011

~ Kuay Teow berkuah....~



Bismillah ♥


Kuay Teow berkuah…..

1 bungkus kuay teow

Bahan untuk dikisar halus

Bawang merah

Bawang putih

Lada kering (cili kering)
dipotong serong dan direbus lalut ditoskan dan cuci bersih…..

Udang kering

Bahan lain

Daging cincang

Fish cake dihiris…..(bakso ikan dihiris)

Udang segar

Sos tiram

Kicap manis

sayur sawi

Telur

Cara memasaknya…..

Panaskan minyak tumiskan bahan kisar bersama daging cincang sehingga garing dan
setelah garing masukkan udang….fish cake…..dan kemudian masukkan air mengikut berapa pekat kuah yang dimahukan…..masukkan kuay teow dan sayur sawi……kemudian sos tiram dan kicap secukup rasa…..apabila rasanya semua sudah cukup matikan api……


Cara memasak telur ada dua cara……
1. Boleh dimasukkan sebelum dimasukkan kuay teow lalu diangkat dan ditaruh ke tepi….
2. Boleh di ‘poach egg’ di bekas air yang lain lalu di letak diatas kuay teow yang sudah dimasak.

Afwan ada video yang agak baik bagaimana cara ‘poach egg’

http://www.youtube.com/wat​ch?v=KtZ14xEbgzg


Ini citarasabuahhati emang mudah dan pasti disenangi oleh keluarga…..Alhamdulillah ♥ ♥ ♥

Isnin, 18 Julai 2011

~ Ayam Goreng ala percik ~


Bismillah ♥


Alhamdulillah kemarin pulang dari Port Dickson Negeri Sembilan Malaysia kami singgah di Chaah Johor pasar malam yang paling disukai oleh suami dan buahhati….apalagi kalau di pasar malam borong makanan lah….salah satu yang paling saya suka ayam percik….ayam percik resepinya banyak….dah lama tak masak ayam percik….rasa rindu pulak…..sewaktu diupload foto ayam percik di pasar malam….teman fban Ukhty Ika bertanya tentang resepinya…..dicari-cari hilang resepi tambahan dah lama tak masak….so hunting resepi dapat di internet yang paling mudah….



Selalunya ayam percik dibakar atau dipanggang….tapi sayang oven tak ada pulak kerna oven sewaktu pindah dari singapura ke Malaysia rosak sesampai di rumah baru…..pikir2 digoreng aja lah…..jadi hari ini ayam goreng ala percik…..disaji untuk buah hati pulang sekolah….Alhamdulillah habis sepiring…..malam nanti sajian istimewa untuk suami dan irfan…..insya Allah….resepinya mudah dan sedappp sekali…..ini citarasabuahhati…..♥



Ayam Goreng ala Percik….



Bahan…



1 Ekor ayam dipotong sedang jangan terlalu kecil bisa hancur daging nya…..

2 kotak kecil santan kara

2 asam keeping atau sedikit air asam jawa



Bahan untuk dikisar….



5 ulas bawang putih

3 biji bawang merah sedang

10 biji lada kering/cili kering – dipotong serong dan direbus dahulu

2 cm halia/jahe

1 batang serai



Cara memasak….



Perap ayam bersama dengan sedikit bahan yang telah dikisar dan sedikit garam…..Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar tadi hingga naik bau kemudian masukkan santan, garam, gula, asam keping/air asam…..lalu dimasukkan ayam…..masak hingga kuah menjadi pekat dan ayam masak…..selepas itu keluarkan ayam……kuahnya disimpan…..



Cara menggoreng ayam….

Panaskan minyak secukupnya dan ambil ayam tadi lalu digoreng garing keemasan….dengan api besar….tidak perlu lama kerna ayam sudah masak hanya mahu garing diluar…..setelah siap ambil kuah ayam percik diletakkan di atas ayam…..



Alhamdulillah…..bisa memberi senyuman pada yang menjamu selera…..berlemak...pedas dan yang pasti berbekas dihati…..ini citarasabuahhati….♥