........

........

Selasa, 31 Mei 2011

~ Asam Pedas ~


Bismillah….


Ahad kemarin kami pergi ke Johor Selera….makan asam pedas ikan merah….tidak begitu sedap bagi ana dan zauji pun berpendapat sama…….selalunya keluarga lebih suka masakkan ana tapi kekadang tukang masak jemu dengan masakkannya maka kami keluar makan diluar…..he3….ana suka sewaktu makan diluar melihat cara masakkan dan cara menyaji makanan….makanan walaupun ringkas kalau disajikan cantik pasti kelihatan lebih sedap dan menyelerakan……asam pedas ini dimasak berbagai cara….masakkan orang melayu yang begitu popular baik bagi orang spore atau msia…..yang menjadi kemestian untuk dipelajari…..masakkan hari ini asam pedas ikan pari….asam pedas boleh dimasak dengan berbagai ikan dan cara…..keluarga paling suka asam pedas ikan pari….ikan pari ini harus dicari yang size kecil….kerna rasanya lebih enak dan tidak mengeluarkan bau yang…..tidak disukai…..selalunya asam pedas mesti ada daun kesum….kerna daun kesum memberi bau harum dan menambah kelezatan masakkan…….Jom kita masak…..


Cara membersihkan ikan pari….

Ikan pari di potong sederhana di cuci bersih….dan direndam bersama air asam jawa…..

Bahan untuk dikisar…..

10 Lada kering (digunting serong dan direbus dahulu)

* jika tidak didapati lada kering bisa ditukar pada lada segar…..pedas mengikut citarasa sendiri….

4 Bawang merah

3 Bawang putih

½ inchi Kunyit hidup (segar)

Belacan (terasi)

Dikisar halus…..

Bahan segar….

Serai dititik (digeprek….he3 ini ummu aisyah yang beritahu )

Sayur bendir (lady fingers)

Daun kesum (daun kesum jika tidak didapati maka bisa ditukar kpd daun limau)

Alhamdulillah hari ini nambah ilmu kata Ukhty Rara Wiraswita

"yg dijawa Coba pakai bunga kecombrang, sama rasa juga.."

Garam secukup rasa

Air secukupnya

Air asam jawa

Cara memasaknya…..

Tumis garing bahan kisar dan garam secukup rasa dengan minyak....berserta serai ……ini perlukan kesabaran….minyak menumis sederhana…apabila agak mengering tambah sedikit air….dan tumis lagi sampai pecah minyak…..

Lalu dimasukkan air asam jawa dan air secukupnya (airnya terpulang pada kepekatan atau cairnya kuah asam pedas )……masukkan daun kesum dan ikan pari kemudian masukkan bendir…..masak sehingga mendidih…..

Asam pedas biasanya disajikan dengan nasi putih beserta keropok ikan….telur asin atau telur dada….dengan tumis sayur…..yang paling disukai asam pedas dengan tempe goreng kicap….

Ini asam pedas citrasabuahhati…..favourite keluarga….sewaktu buahhati atau zauji pulang safar….. sewaktu ditanya lauk apa yang hendak disediakan menyambut mereka pulang…..pasti mereka menjawab asam pedas…….buahhati makan bersama nasi kemudian berulang makan bersama roti…..sampai licin…..Alhamdulillah….♥

Jumaat, 27 Mei 2011

~ Nasi Goreng Cina & Ayam Sticky Caramel ~


Bismillah….
Resepinya mudah sekali tapi memerlukan madu yang banyak 8 camca besar madu…..rasanya tak jadi lah masak kerana madu yaman dari toko ihya saja yang ada di rumah…..sayang nak masak pakai madu yaman…..itu obat saya….he3….tapi bila lihat fotonya tak tahan lah……terus ke dapur masak ayam sticky caramel ……



Digandingkan bersama nasi goreng cina……dua resepi yang amat mudah tapi menyelerakan…..gabungan yang baik….Alhamdulillah…..tak henti2 anak2 memuji…..rasa ayam sticky caramel lebih sedap dari ayam masak kicap kerna ayam tersebut disalut dengan sos cili bersama kicap…..dan madu membuatnya sticky gitu.....Alhamdulillah....sedapppp….harus dicoba pasti disukai anak2…..ini citarasabuahhati…..selamat mencoba…..



~ Nasi Goreng Cina ~

Nasi yang sudah sejuk

Bahan untuk dikisar

Halia (jahe) bersama bawang putih

Bahan segar….

Sayur campuran

Bebola ikan

Udang

Sotong

Sebiji telur

Cara memasak ….

Panaskan minyak di atas api yang sederhana…..masukkan bahan kisar….tumis sebentar masukkan bahan segar lalu dimasukkan garam secukup rasa bersama lada sula……kemudian masukkan nasi….setelah semua sebati…..maka buatkan lubang ditengah dan pecahkan telur…..lalu dikacau sehingga sebati…..


~ Ayam Sticky Caramel ~

bahan-bahannya.....

12 keping kepak ayam (kalau besar kerat dua), cuci bersih dan toskan

2 camca (sendok) besar minyak masak

3 ulas bawang putih, dititik dengan kulit2nya, tak payah kupas

1camca besar cincangan halia (jahe)

1 camca sos ikan * optional tadi saya tidak menggunakannya

1 camca besar kicap

1 camca besar sos cili

7 - 8 camca besar madu

Cara memasak....

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan kepak ayam, gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 - 6 minit.

Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit. Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan. Angkat dan hidangkan...


Alhamdulillah resepi yg mudah tapi berbekas dihati....ini citarasabuahhati.

Khamis, 26 Mei 2011

~ Macaroni Goreng ~


Bismillah ♥


~ Maraconi Goreng ~

Rencah (bumbu) untuk dikisar

Lada kering (digunting serong dan di rebus lalu buang air dan cuci bersih)

Bawang merah

Bawang putih

Udang kering

(ini adalah asas bumbu untuk memasak mee….macaroni….bee hoon….nasi goreng)


Bahan segar

Udang

Sotong

Bebola ikan

Hirisan daging

Sayur sawi

Sos tiram

Kicap manis

Garam ini sedikit aja….

Cara untuk memasak macaroni….

Macaroni dimasukkan dalam air yang banyak......dimasukkan minyak dan garam sedikit…..direbus diatas api yang sederhana....sehingga masak.....dikeluarkan dari periuk (panci) ditos lalu di cuci dengan air biasa (under runing water) sehingga kita merasa macaroni udah sejuk....fungsi ( to stop cooking) ini adalah untuk berhentikan macaroni untuk masak lagi....bisa nanti macaroninya tak cantik.....fungsi minyak agar macaroni kelihatan berkilat….fungsi garam agar macaroni tidak melekat…..

Setelah dikisar halus bumbu....ditumis dengan minyak secukupnya sehingga garing…..sos tiram....kicap manis....garam secukup rasa...Setelah rencah (bumbu) sudah garing masukkan daging dan masukkan sedikit air apabila daging sudah empuk (matang) maka masukkan kesemua makanan laut…..masukkan macaroni yang sudah masak….terakhir masukkan sayur….…..jika terlihat macaroni agak mengering maka dimasukkan sedikit air…..

Kami suka macaroni yang tidak kering sedikit basah…..

Ini citarasabuahhati…..kalau macaroni mesti dimasak pedas2….

baru ada ‘POWER’ kata orang spore….♥

Sabtu, 14 Mei 2011

~ Ayam Madu ~



Bismillah....

Dari semalam badan ini demam kerana selsema. Alhamdulillah hari ini beransur pulih, hanya tersisir selsema. Dalam situasi badan begini maka minuman yang paling digemari adalah tea 'o madu hangat-hangat. Pagi tadi buah hati sudah ke sekolah, apa yang harus dimasak untuk hari ini dengan badan yang masih lemah. Maka menu hari ini amat ringkas nasi ayam, sayur chay choy dan ayam madu. Hari ini saya berkongsi resepi ayam madu yang amat digemari keluarga dan tetamu kami.

~ Ayam madu ~

1 Ekor ayam - dipotong mengikut size yang disukai dan dicuci bersih....
boleh jugak kalau kepak ayam sahaja...

Bahan untuk dikisar/ditumbuk....
5 ulas bawang putih
2 inchi halia muda/jahe
*halia muda lebih baik kerna nanti tidak beserabut.....

Bahan lain....
Sos tiram
Kicap masin
Madu

Kesemua bahan yang dikisar/ditumbuk campurkan dengan sos tiram, kicap masin dan madu....disebatikan untuk marinate ayam.....lalu diperapkan.....

Cara memasak....
Panaskan minyak yang banyak *deep fry.....api sederhana kerna ayam ini menggunakan kicap...bawang putih dan madu mudah untuk menghitam dan akan meninggalkan rasa pahit....

Alhamdulillah ini citarasa keluarga kami.....ringkas tapi boleh berbekas dihati buah hati.....sewaktu pulang sekolah.....buah hati makan dengan berselera dan yang menyenangkan hati ini bila ucapan terima kasih dan pujian dari mereka.....

Khamis, 5 Mei 2011

~ Ayam Kicap ~


Bismillah…♥


~ Ayam Kicap ~

Seekor ayam di potong dan dibersihkan….

Diberi serbuk kunyit dan sedikit garam lalu digoreng * terpulang mahu garing atau sebentar….

Kentang dikupas kulit dan di potong serong lalu digoreng…..


Bahan untuk dihiris….

Bawang merah besar

Bawang putih

Halia / jahe

Lada hidup/segar


Cara memasaknya…..

Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga layu…..

Kemudian masukkan air *terpulang mahu berkuah atau…..

Masukkan kicap manis……

Masukkan sos tiram…..

Masukkan sos tomato…..

Masukkan lada sula/white pepper dan sedikit garam


Apabila kuah sudah mendidih masukkan tomato biji/segar dan ayam yang sudah digoreng…..


Alhamdulillah ini citarasabuahhati…..ada beberapa cara memasak ayam kicap….yang paling mudah ini lah…..he3