........

........

Jumaat, 27 Mei 2011

~ Nasi Goreng Cina & Ayam Sticky Caramel ~


Bismillah….
Resepinya mudah sekali tapi memerlukan madu yang banyak 8 camca besar madu…..rasanya tak jadi lah masak kerana madu yaman dari toko ihya saja yang ada di rumah…..sayang nak masak pakai madu yaman…..itu obat saya….he3….tapi bila lihat fotonya tak tahan lah……terus ke dapur masak ayam sticky caramel ……



Digandingkan bersama nasi goreng cina……dua resepi yang amat mudah tapi menyelerakan…..gabungan yang baik….Alhamdulillah…..tak henti2 anak2 memuji…..rasa ayam sticky caramel lebih sedap dari ayam masak kicap kerna ayam tersebut disalut dengan sos cili bersama kicap…..dan madu membuatnya sticky gitu.....Alhamdulillah....sedapppp….harus dicoba pasti disukai anak2…..ini citarasabuahhati…..selamat mencoba…..



~ Nasi Goreng Cina ~

Nasi yang sudah sejuk

Bahan untuk dikisar

Halia (jahe) bersama bawang putih

Bahan segar….

Sayur campuran

Bebola ikan

Udang

Sotong

Sebiji telur

Cara memasak ….

Panaskan minyak di atas api yang sederhana…..masukkan bahan kisar….tumis sebentar masukkan bahan segar lalu dimasukkan garam secukup rasa bersama lada sula……kemudian masukkan nasi….setelah semua sebati…..maka buatkan lubang ditengah dan pecahkan telur…..lalu dikacau sehingga sebati…..


~ Ayam Sticky Caramel ~

bahan-bahannya.....

12 keping kepak ayam (kalau besar kerat dua), cuci bersih dan toskan

2 camca (sendok) besar minyak masak

3 ulas bawang putih, dititik dengan kulit2nya, tak payah kupas

1camca besar cincangan halia (jahe)

1 camca sos ikan * optional tadi saya tidak menggunakannya

1 camca besar kicap

1 camca besar sos cili

7 - 8 camca besar madu

Cara memasak....

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan kepak ayam, gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 - 6 minit.

Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit. Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan. Angkat dan hidangkan...


Alhamdulillah resepi yg mudah tapi berbekas dihati....ini citarasabuahhati.

Tiada ulasan: