........
Rabu, 29 Jun 2011
~ Ikan Patin lemak cili padi ~
Bismillah...
~ Lemak Cili Padi Ikan Patin ~
Ahad lepas kami ke pasar Larkin JB….seperti biasa pancing ikan berumpankan $$$$....he3…. hari itu memang nak cari ikan besar…ikan potong…yang saya cari ikan tenggiri nak masak lemak cili padi atau asam pedas…..lihat punya lihat tak ada seekor pun ikan tenggiri tapi banyaknya ikan….tak tahu namanya….sewaktu jalan ke kedai ikan yang kami regular customer….ditulis ikan Patin ….seperti musimnya ikan Patin….tulah namanya kenal tapi tak kenal ikannya…..biasa membaca di internet ikan Patin masak cili padi…..suami merenung wajah saya sewaktu saya katakan nak beli seekor….betul ke ni nak beli kerna tak pernah beli sewaktu di singapura….macam mana nak beli belum pernah lihat di sana….atau waktu tu tak kenal…..he3….dibawa pualng seekor ikan Patin….Alhamdulillah….
Semalam menu ikan patin masak lemak cili padi….apa lagi cari resepi di internet….di sini Chef Handalan
Alhamdulillah jumpa resepinya mudah.... boleh juga ditukar pada ikan lain…..mengikut citarasa sendiri….caranya agak berbeda dengan resepi saya ayam masak lemak cili padi…..kerna yang ini tidak menumis dan menggunakan limau kasturi….sewaktu menjamu selera….suami tersenyum sedappp katanya….apalagi berbunga-bunga hati ini….selepas makan suami kata boleh beli lagi ikan patin masak belado….emang citarasa orang minang belado tak tinggal…..♥
Bahan2…..
1 ekor ikan patin (kurang lebih 800 g)
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat2
600 ml santan cair
200 ml santan pekat
8 - 10 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam secukup rasa
3/4 cawan cili padi kampung* (cabe rawit)
1 inci kunyit hidup* (kunyit segar)
4 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
Bismillah yuk masak…..
Ikan patin disiang, cuci bersih, perap dengan garam dan sedikit jus limau kasturi selama 10 - 15 minit. Cuci kembali dan toskkan. Ketepikan.
Dalam periuk, satukan bahan tumbuk halus, serai dan santan cair, kacau dan didihkan. Masukkan ikan patin dan tambah santan pekat. Bila mendidih, masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya.
Biar mendidih perlahan dan tuang jus limau kasturi secukupnya (ini terpulang pada rasa masing2 ada yang suka masam….di masukkan sedikit dulu dan rasa) . Kacau perlahan, rasa dulu jika semuanya udah sedappp….matikan api…
Alhamdulillah....percobaan pertama memasak ikan patin....citarasabuahhati....♥
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan