........

........

Khamis, 16 Januari 2014

Donat Lembut






Bismillah...
Resepi dari Sis Siti
Resepi Asal dari Hasue

Alhamdulillah resepinya mudah dan sedap, tidak perlukan masa yg lama menunggu....setelah membaca komen2 yang katakan adonan ini lembut dan boleh diperbagaikan....apalagi akak pun cuba dan buahhati suka sekali :) jazakillahu khairon atas resepi ini.....

tulisan dari blog CT.

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
1 peket yis Mauripan (11gram) - atau apa2 jenama
50 gm Marjerin
1 sudu besar Shortening
2 sudu besar gula kastor
2 sudu besar susu pekat / 2 sudu besar susu tepung - Letak dua-dua lagi sedap
1 biji telur - dipukul lembut
1/2 Sudu teh garam

190 ml - 200 ml air suam kuku - bergantung pada kualiti tepung
Gula halus atau topping kegemaran

Cara-cara:

1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yang dpukul sedikit dan juga garam.
3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati dikacau satu arah saje menggunakan sudu).
4. Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan. Tidak ada sisa tepung pada bekas lagi.
6. Doh tidak perlu direhatkan. Jika nak rehatkan juga boleh selama 5-10minit. Boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci. Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.
7. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.
8. Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
9. Setelah minyak sedikit panas masukkan donut dalam 2-3 biji dan goreng sehingga kekuningan dan toskan.
10. Sedia untuk dihidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.




Walaupun dah sejuk masih lembut.....malamnya akak bikin lagi satu adonan....ulang tayang utk buahhati yg pagi nya ke sekolah :)

Tiada ulasan: